Thursday, April 5, 2012

Jenis-jenis mod penghantaran

Tedapat tiga jenis mod penghantaran :

1. Simpleks (Simplex)

+ Simpleks merupakan komunikasi satu arah atau sehala.Contohnya seperti penyiaran televisyen, radio dan sebagainya.


+Dalam situasi ini, peranti penghantar hanya dapat menghantar data sahaja, manakala peranti penerima dapat menerima data sahaja .

" A ---> B "

+Contohnya,  pendengar radio hanya mampu mendengar bunyi siaran daripada radio sahaja tetapi tidak dapat memberi maklum balas secara spontan ketika itu .
2. Separuh dupleks (Half-duplex)

+Melalui separuh dupleks, penghantaran berlaku dimana membolehkan penghantar dan penerima saling memberi respon tetapi bukan pada masa yang sama .

" A ---> B & B ---> A "

+Contoh penghantaran separuh dupleks adalah penggunaan walkie-talkie .Dalam ragam ini, satu peranti menghantar manakala satu peranti lagi menerima.Persefahaman perlu wujud antara dua peranti ini bagi menunggu giliran memberi respon masing-masing.Komunikasi separuh dupleks adalah lebih baik berbanding simpleks kerana separuh dupleks dapat memberi ruang untuk membalas respon atau membetulkan mesej yang tidak tepat.                        

3. Dupleks (Full-
duplex)

+Dupleks adalah cara pnghantaran yang lebih fleksibel dimana kedua-dua peranti dapat berhubung dan memberi respon secara serentak.

" A <----> B "

+Kedua peranti dapat menerima dan menghantar data pada masa yang sama secara optimum.

+Penggunaan telefon merupakan contoh yang paling mudah dalam menggambarkan penggunaan dupleks penuh.Melalui penggunaan telefon, kedua-dua peranti dapat bercakap dan memberi maklum balas pada masa yang sama serta dapat membetulkan kesilapan komunikasi yang berlaku.

Disini ada saya lampirkan contoh video untuk tatapan bagi mengukuhkan lagi kefahaman tentang ciri-ciri mod penghantaran ini .










No comments:

Post a Comment