Saturday, March 31, 2012

Telekomunikasi dan rangkaian

  • Tele : bahasa greek bermaksud jauh
  • telekomunikasi : didefinasikan sebagai komunikasi jarak jauh dengan menggunakan alatan komunikasi seperti lelefon, telegraf, televisyen dan sebagainya .
  • telekomunikasi : proses pertukaran meklumat melalui komputer atau stesennya melalui alat media seperti telefon, telegraf, satelit, dan sebagainya .
  • data : merujuk kepada sesuatu yang fakta, sahih, fakta asal,data mentah dan sebagainya .
  • komunikasi data : pertukaran data dalam bentuk 0 dan 1, melalui peranti sebagai media penghantaran seperti kabel . 
  • rangkaian komputer : 
    • bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi bersambung secara operasinya .
    • rangkaian juga satu sistem perkongsian alat (pencetak / CD-ROM ), perisian, pertukaran maklumat, dan komunikasi . 
    • maklumat dapat dipindahkan melalui kabel, satelit, gelombang radio atau infra merah.
  • antara elemen penting dalam komputer : 
    •  hardware merupakan komponen komputer yang dapat dilihat dengan mata kasar . 
    • software merupakan komponen yang diperlukan komputer untuk bahagian pengelolahan maklumat yang ada . 
    • brainware adalah manusia yang terlibat secara langsung sebagai elemen yang diperlukan komputer untuk mengatur sistem komputer .

Sunday, March 18, 2012

Apa itu telekomunikasi ?


Alexander Graham Bell
Telekomunikasi adalah teknik pengiriman atau penyampaian infomasi, dari suatu tempat ke tempat lain. Dalam kaitannya dengan 'telekomunikasi' bentuk komunikasi jarak jauh dapat dibahagikan kepada tiga:
  •            Komunikasi Satu Arah (Simplex). Dalam komunikasi satu arah (Simplex) pengirim dan penerima informasi tidak dapat menjalin komunikasi yang berkesinambungan melalui media yang sama. Contoh :Pager, televisyen, dan radio.
  •            Komunikasi Dua Arah (Duplex). Dalam komunikasi dua arah (Duplex) pengirim dan penerima informasi dapat menjalin komunikasi yang berkesinambungan melalui media yang sama. Contoh : Telepon dan VOIP.
  •          Komunikasi Semi Dua Arah (Half Duplex). Dalam komunikasi semi dua arah (Half Duplex)pengirim dan penerima informsi berkomunikasi secara bergantian namun tetap berkesinambungan. Contoh :Handy Talkie, FAX, dan Chat Room