Thursday, April 5, 2012

Jenis-jenis mod penghantaran

Tedapat tiga jenis mod penghantaran :

1. Simpleks (Simplex)

+ Simpleks merupakan komunikasi satu arah atau sehala.Contohnya seperti penyiaran televisyen, radio dan sebagainya.


+Dalam situasi ini, peranti penghantar hanya dapat menghantar data sahaja, manakala peranti penerima dapat menerima data sahaja .

" A ---> B "

+Contohnya,  pendengar radio hanya mampu mendengar bunyi siaran daripada radio sahaja tetapi tidak dapat memberi maklum balas secara spontan ketika itu .
2. Separuh dupleks (Half-duplex)

+Melalui separuh dupleks, penghantaran berlaku dimana membolehkan penghantar dan penerima saling memberi respon tetapi bukan pada masa yang sama .

" A ---> B & B ---> A "

+Contoh penghantaran separuh dupleks adalah penggunaan walkie-talkie .Dalam ragam ini, satu peranti menghantar manakala satu peranti lagi menerima.Persefahaman perlu wujud antara dua peranti ini bagi menunggu giliran memberi respon masing-masing.Komunikasi separuh dupleks adalah lebih baik berbanding simpleks kerana separuh dupleks dapat memberi ruang untuk membalas respon atau membetulkan mesej yang tidak tepat.                        

3. Dupleks (Full-
duplex)

+Dupleks adalah cara pnghantaran yang lebih fleksibel dimana kedua-dua peranti dapat berhubung dan memberi respon secara serentak.

" A <----> B "

+Kedua peranti dapat menerima dan menghantar data pada masa yang sama secara optimum.

+Penggunaan telefon merupakan contoh yang paling mudah dalam menggambarkan penggunaan dupleks penuh.Melalui penggunaan telefon, kedua-dua peranti dapat bercakap dan memberi maklum balas pada masa yang sama serta dapat membetulkan kesilapan komunikasi yang berlaku.

Disini ada saya lampirkan contoh video untuk tatapan bagi mengukuhkan lagi kefahaman tentang ciri-ciri mod penghantaran ini .










Tuesday, April 3, 2012

Salasilah telekomunikasi di Malaysia

Malaysia yang telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang teleko­munikasi bermula sejak 1987 apabila Jabatan Telekom Malaysia (JTM) telah diswastakan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (Telekom Malaysia).
  • Bagaimanapun, sejarah bidang telekomunikasi tidak hanya bermula sejak tahun tersebut kerana ia telah bermula sejak 1870-an lagi dengan pengenalan alat telegraf.
  • Teknologi telegraf sebenarnya telah diperkenalkan pada 1937 oleh Samuel Morse dan kemudian mempatenkan sistem telegraf itu.
  • Telegraf yang menggunakan kod Morse bagi menyampaikan pesanan dikenali juga sebagai alat 'ketuk-ketuk' kerana pengguna terpaksa mengetuk-ngetuk untuk menyampaikan bahasa isyarat mengikut kod itu.

    •  Telegraf telah mula digunakan di negara ini sejak 1870-an iaitu pada zaman kolonial.la diperkenalkan beitujuan mem­bolehkan perhubungan pegawai-pegawai British dengan dunia luar.
  • Sejarah telekomunikasi negara bermula dengan pen­genalan perkhidmatan pos dan telegraf yang ketika itu dianggap sebagai satu perkhidmatan saling berkait dan telefon pertama muncul di tanah air pada tahun 1874 yang dipasang di kediaman Residen British.

    • Pada 1876, satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga pejabat pembantu Residen di Taiping.
  • Pemasangan talian tersebut telah memberikan pulangan yang baik kepada Jabatan Pos dan Telegraf yang mempunyai pejabat di Taiping dan ia menja­di titik tolak berkembangnya teknologi telekomunikasi di negara ini.
  • Teknologi telekomunikasi tersebut kemudiannya berkembang sehinggalah zaman penjajahan Jepun yang mana menyaksikan banyak talian dan set tele­fon dirosakkan kecuali untuk kegunaan pemerintahan Jepun di negara ini.

    • Pada tahun 1963, iaitu selepas tertubuhnya Malaysia melalui pergabungan Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah, Sabah dan Singapura beberapa perkembangan menarik dalam bidang telekomunikasi negara telah berlaku.
  • la merupakan kali pertama penduduk di Semenanjung Malaysia diperkenalkan dengan televisyen dan perkembangan bidang teleko­munikasi semakin melonjak selepas itu termasuk pengenalan sistem yang lebih canggih
                                                                                                

 SIMAK merupakan salah satu
alat telekomunikasi kuno yang
masih dugunakan sehingga
kini .



  • Kemajuan dalam teknologi komputer yang mempunyai hubungkait dengan telekomunikasi '' seterusnya membawa negara ke era baru dengan pengenalan pelbagai perkhidmatan komunikasi data, selain perkhidmatan suara dan data melalui teleks sebelum ini.

    • Pada tahun 1983, komunikasi data pertama diperkenalkan dengan pengenalan perkhidmatan Datel yang mana syarikat boleh menyewa litar talian suwa (lease) peribadi yang mana rangkaian telefon biasa digunakan untuk komunikasi data melalui kompu-ter.
       
    • Komunikasi tanpa wayar yang menggunakan radio selular mula melanda negara ini pada 1985 apabila perkhidmatan ATUR diperkenalkan dan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia menjadi pengguna perkhidmatan tersebut.
       
    • Selepas penswastaan JTM pada 1987, pembangunan telekomunikasi semakin rancak di bawah Syarikat Telekom Malaysia Berhad (Telekom Malaysia) iaitu badan baru yang beroperasi sebagai sebuah syarikat korporat.
       
    • Pada 1988 juga, Celcom Sdn Bhd telah ditubuhkan dibawah STM Cellular Communication Sdn Bhd. yang awalnya dimiliki STM (atau Telekom Malaysia) yang diberi lesen mengendalikan sistem komukisai selular Syarikat itu kemudiannya dimiliki oleh Technology Resources Industries (TRI) pada 1992 yang terkenal dengan perkhidmatan talian 019 dan kini Celcom kembali berada di bawah naungan Telekom Malaysia (TM).
BEDUG digunakan untuk aktivis agama
khususnya.
  • Teknologi telekomunikasi terus berkembang dan berevolusi dengan memasuki era telekomunikasi bertalian dan tanpa wayar dengan kemunculan pelbagai syarikat baru seperti TIME , Maxis, Digi yang menjadisaingan kepada Celcom dan Telekom Malaysia yang kini dikenali sebagai TM.


  • Selain daripada perkembangan dalam dunia telefon biasa dan telefon bimbit, rangkaian jalur lebar untuk kedua-dua perkhidmatan itu semakin popular masa kini.


    • Untuk pengguna telefon bimbit, perkhidmatan 3G telah membolehkan mereka mendapat rangkaian berkela-juan tinggi dan rangkaian jafur lebar untuk talian telefon biasa (yang meng-gunakan kabel copper) juga telah diperkenalkan, selain kabel fiber Sejak pengenalan projek Koridor Raya Multimedia (MSC) 10 tahun lepas, pelbagai aplikasi multimedia seperti persidangan video, video dalam permintaan, pembelajaran melalui Internet dan sebagainya telah diperke­nalkan yang menyebabkan rangkaian telekomunikasi sentiasa dipertingkatkan di negara ini.